Joran Si Mata Kail  

Posted by Anonymous


"Jepp,jom lepak mlm kt Osman LP,bwk skali 'janda' aku,rindu nk tgk,hehehe, aku msg jepp.. "Ok beb, kol 9, tp sape lagi?", reply jepp."Ko ajak r pepet, amir achai"."ok,roger"....

So tepat jam 8.45, aku pon start tenggiling aku dan terus menuju ke Osman Larkin Perdana seperti yg dijanjikan. Seperti biase la, kol 8.59 aku sampai kt Osman, batang idung bdk2 ni pon tak nampak lagi.Menunggu,perkara biasa yg mmg da lali bagi aku,janji melayu r katakan, lalu aku cari port duduk sambil menyalakan sebatang rokok. "Abis rokok ni pon belum tentu bdk2 ni sampai' detak hati kecilku sambil teringat berbakul2 alasan yg kerap diberikan oleh bdk2 ni bile lambat dtg persidangan.

"Vreng!! Vreng!! Vreng!!!.."Peh,rempit mane lak yg bakar2 ni,memekak siot", sambil menoleh kebelakang aku tgk mamat yg sdg buka helmet tu.."La, si Jepp ni rupanye yg memerah 'janda' aku td..Hmm,makin cantik aku tgk janda aku ni,hehe..Jepp yg tesenyum2 dan bersahaja walaupon datang lambat 27minit terus tarik kerusi duduk sebelah aku..

"Mane Pepet Jepp",tanyaku."Pepet gi kenduri uma abg ipar die",jwb jepp penuh yakin. Aku pon terus keluarkan handphone buruk aku utk msg si amir ngn achai..mmg xberdisiplin,xtepati masa betul r bdk2 ni,huh.."Aku baru sampai uma ngan famly aku r,Japgi aku dtg~Amir", msg amir yg aku sdiri kurang pasti akan kesahihan alasannya tu.Achai????,mcm biase r,agaknye screen handphone dia rosak kot tak dapat baca msg aku, or maybe Achai tgh sibuk tolong abg die kemas almari baju.

Aku dan jepp pon terus berbual2,lebih kurang 29minit pastu, Amir pon sampai,dgn muke syahdu,tak bersalah & dipenuhi pelbagai muslihat, aku tau otak die tgh ligat pk nak bagi alasan ape lak kali ni lambat.Mmg kepakaran amir pasal ni beb.Terus die duduk & tergesa2 order teh ais,aku tau amir rindu nk minum teh ais kt osman,maklumlah,kt mamak saujana tu teh ais die langsung xdpt memenuhi selera amir.7minit selepas tu muncul satu kelibat berseluar pendek& bertopi..Jeng! Jeng! Jeng! Hero kita Achai da sampai dengan penampilan ala2 santai malam hari enam.

So,ktorg berempat pon terus berbual,mcm2 isu dalam & luar negara,ekonomi,politik,percintaan artis,gosip2 liar,topik2 hangat utk memantapkan knowledge kami masing,selaras dengan saranan Cheng supaya semua bdk2 meningkatkan tahap IQ..Masuk lak isu boring kat JB ni xtau nak buat ape selain lepak minum,tgk movie,bdk2 pon da makin xde,msg2 bz..Tibe2 Amir bersuara lantang "Kita g mancing nak!!?".."Cantekk gak idea ko tu Mir", balasku, sambil jepp menganggukkan kepala tanda bersetuju ngn idea amir. Mengikut cerita amir,die mmg pakar memancing sejak die ikut 'brader2' jiran mase kt melaka dulu, so mcm2 la pengalaman selama berkecimpung dgn dunia joran yg amir kongsi ngn kitorg mlm tu.

Kami pon terus rancak berbual isu memancing, dan memulakan plan utk misi memancing yg pertama.Achai dan Jepp mula2 bercadang utk pancing kat sungai je,ikan banyak, tp aku tak berapa setuju memandangkan baru 1st time,mesti boring kalau ikan xnaik2 da xde aktiviti sampingan.So aku bg cadangan mancing kat laut,coz kalau boring mancing xdapat2 ikan (maklumlah semuanye amatur), leh la buat bbq kat tepi laut,Amir pon bersetuju dan mencadangkan Tanjung Balau sebagai destinasi hobi terbaru kami ni.

Setelah hampir 2jam berdiskusi,kami telah mendapat kata putus utk merealisasikan hobi terbaru ni pada hujung minggu & atas undian ramai ,dengan muka separa ikhlas,Achai akhirnya akur utk keluar kete bapak die sebagai kete rasmi kami ke Tanjung Balau nanti..

------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami masing2 bersemangat menanti hujung minggu utk menceburkan diri dlm dunia yg agak baru bg kami,aku da plan nak pinjam joran Wan Panjang, DJ kt tempat aku, lantas aku terus menghantar pesanan ringkas kepada amir utk comfirm kn jadi ke tak plan ni.

Setelah mengumpul maklumat, amir memberitahu aku kemungkinan besar rancangan kami terpaksa ditangguhkan atas sebab kete bpk achai xde,tu lasan yg achai bg walaupun amir ckp setahu die bpk achai jrg kua bwk kete tu,aku pun xpasti. Dengan penuh pasrah dan sayu,aku pun xjd r pinjam joran dan mencari matakail...

Tp last minute amir call lak ckp die dapat racun jepp kuar kete,malangnye time 2 da suntuk,aku plak tgh ade event,so mane r sempat nk g cari joran.. Maka,disebabkan masalah2 teknikal inilah,niat baik kami utk merealisasikan hobi baru terkandas,terpaksa ditangguhkan dulu.

Apa pun kitorg akan pastikan dlm masa terdekat ni, joran masing2 akn mencecah air laut mencari kepuasan, yg pasti bukan kat Tmn Merdeka eh amir...

p/s: Kepada Achai,cpt2 booking kete bpk ko sbgai pengangkutan rasmi kita k.sekian,terima kasih

This entry was posted on Tuesday, June 23, 2009 at 11:58 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 celahan si penjengah

7 minit je acai smpai? bio btol ko wang... awal tol smpai...

June 25, 2009 at 10:10 AM
Anonymous  

eh silap eh jepp,maybe aku slh tgk jam time 2..tp tol gak,mcm pelik kalo 7minit achai da sampai kn,hmm....

June 26, 2009 at 8:29 AM

Post a Comment