
LANGKAWI: Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Pulau Tuba di sini, mendakwa hampir pengsan selepas dipaksa menghabiskan empat kotak kecil rokok Gudang Garam sebagai hukuman memiliki sebatang rokok warden asramanya pada 26 Julai lalu. Malah, mangsa, Mohd Alif Ariffin, 16, yang juga anak yatim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi (SMKL) turut mendakwa pening dan batuk serta hilang selera makan selama seminggu
Ketika ditemui di sini, semalam, Mohd Alif berkata, dia dipaksa menghabiskan semua empat kotak rokok Gudang Garam selepas warden yang juga guru sekolahnya menemui sebatang rokok di dalam laci asramanya pada hari sama. “Walaupun saya berkali-kali menafikan rokok itu milik saya, guru tetap memaksa menghabiskan semua rokok berkenaan sehingga menyebabkan air liuh meleleh dengan banyak sekali dan bibir saya hampir bengkak kebiruan. "Akhirnya, selepas hampir dua jam setengah dan kira-kira 42 batang rokok dihabiskan, barulah guru itu membenarkan saya berhenti selepas melihat muka saya mulai pucat dan hampir pengsan, selepas batuk tidak berhenti," katanya.
Note: Ni mesti isap okok gak ni..xkanla leh abeskan 42btg skali.. Kretek lak tuh..
Dulu kes mcm ni dak2 yg kantol sume bt rilek je xde repot2. sbb pas kene ragging cmni besenye warden ngn dak2 akn kamceng giler. So, sape2 yg nk ade kabel kuat, kantolkan la dri anda.
Cheerrss~~~
QuoteFrom: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090806102126/Article/index_html